Zidane berasa sihat, Madrid turun ke Alaves tanpa Ramos

Muzaffar Musa
Januari 23, 2021 06:12 MYT
Zinedine Zidane masih bersemangat tinggi selepas disahkan positif COVID-19 dan Real Madrid akan nertandang ke laman Deportivo Alaves tanpa ketua jurulatih mareka itu.
Kelab Sepanyol itu mengesahkan malam tadi bahawa Zidane sedang menjalani pengasingan kendiri selepas dijangkiti koronavirus, bermakna dia tidak dapat menyertai perlawanan LaLiga menentang Alaves awal pagi esok.
Selepas tewas kepada Athletic Bilbao dalam separuh akhir Supercopa de Espana, skuad Los Blancos itu sekali lagi diaibkan oleh pasukan Liga Divisyen Tiga, Alcoyano, untuk tersingkir daripada Copa del Rey, Rabu lalu.
Dengan misi mempertahan kejuaraan LaLiga juga semakin goyah, tekanan semakin memuncak buat Zidane, yang tempatnya buat sementara akan digantikan oleh penolong jurulatih, David Bettoni.
"Saya bercakap dengannya pagi ini, dia berasa sihat," kata Bettoni kepada media menjelang perlawanan itu.
"Dia bersemangat tinggi. Dia tidak dapat bersama tetapi kami tahu dia akan memberikan sokongan. Perkara penting adalah semua tahu semangatnya akan bersama kami."

1 - CD Alcoyano are the first lower league side to knock out Real Madrid in a Copa del Rey tie since Alcorcón in 2009 (excluding the defeat against Cádiz in 2015 for illegal lineup). Surprise. pic.twitter.com/1XX4AUWBhV

— OptaJose (@OptaJose) January 20, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sementara itu, Sergio Ramos, yang tidak dapat diturunkan Rabu lalu, sekali lagi akan direhatkan awal pagi esok manakala seorang lagi pertahanan, Dani Carvajal, masih belum bersedia untuk kembali diturunkan.
"Sergio Ramos masih dalam proses pemulihan dan tidak akan bersama kami esok.
"Dani Carvajal sudah mula berlatih bersama kami tetapi dia tidak akan menyertai perlawanan ini dan hanya akan berlatih secara normal bermula Isnin ini," tambahnya.
#Real Madrid #Zinedine Zidane #Sergio Ramos #Dani Carvajal