Presiden Persatuan Bola Sepak Perancis (FFF), Noel Le Graet, menjangkakan Zinedine Zidane akan menjadi pengendali Perancis pada masa akan datang dengan menggambarkan ia sebagai kesinambungan yang logik.

Zidane telah mempamerkan peralihan yang lancar daripada seorang pemain bola sepak kepada jurulatih berwibawa setelah membawa Real Madrid muncul juara Liga Juara-Juara Eropah dan kejuaraan LaLiga 2016-17.

Walaupun dia kekal gembira berada di Santiago Bernabeu, Zidane -- yang pernah menjuarai Piala Dunia 1998 dan Euro 2000 bersama Perancis -- dilihat calon terbaik untuk mengendalikan Les Bleus pada masa akan datang.

"Ia satu kesinambungan," Le Graet memberitahu radio RMC apabila ditanya tentang Zidane mengendalikan Perancis pada masa akan datang.

"Ada kemungkinan dia berminat dengan tugas itu."

Le Graet menambah:"Buat masa ini, saya berasakan dia mampu memberikan sumbangan yang lebih banyak kepada Real. Kelab itu amat sesuai untuknnya.

"Sukar untuk mempercayai apa yang dia telah laksanakan. Tiga tahun lalu, saya mencadangkan kepadanya untuk mengambil alih kelab seperti Bordeaux dan menasihatinya untuk tidak mengendalikan kelab yang besar."