Ketua jurulatih Kelantan, Yusri Che Lah, menganggap anak buahnya mempunyai karakter luar biasa apabila tetap komited untuk memberikan terbaik buat pasukan ketika ini.

Biarpun tewas 0-2 ketika menentang Terengganu dalam aksi pemanas badan, kelmarin, Yusri tetap berpuas hati dengan prestasi pemainnya bagi menghadapi saingan sebenar Liga Perdana pada 22 Ogos depan.

Selain berdepan faktor kecergasan akibat penularan wabak COVID-19, skuad The Red Warriors (TRW) terus dipalit isu gaji sehingga dipotong mata yang mendorong kepada perubahan di tampuk kepimpinan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA), bulan lalu.

Latihan persiapan hari ini.

Posted by Kelantan FA on Thursday, August 13, 2020

"Pujian harus diberikan kepada pemain.

"Dalam situasi hari ini, tidak semua peminat memahami keadaan (sebenar) kami di atas padang.

"Orang boleh mengatakan apa sahaja kekurangan yang kami ada tetapi mereka tidak memahami keadaan kami.

"Saya tabik kepada barisan pemain, walaupun empat bulan setengah tidak menerima sebarang bayaran, mereka masih terus berusaha," katanya ketika dihubungi.

Jadual perlawanan Liga Perdana seterusnya:

Perlawanan kelima (26 Ogos)
Kuching FA lwn Selangor II
Kuala Lumpur lwn UKM FC
Negeri Sembilan lwn Terengganu II
Kelantan lwn Pulau Pinang
Perak II lwn Sarawak United
Johor Darul Ta'zim II lwn Kelantan United