Xavi akan memulakan sesi latihan pertamanya sebagai ketua jurulatih Barcelona esok, demikian disahkan kelab itu.

Bekas pemain tengah Barca itu diumumkan sebagai pengganti kepada Ronald Koeman pada hujung minggu lalu dan secara rasminya diperkenalkan hari ini sebelum memulakan sesi latihan pertamanya esok.

Xavi tiba pada ketika skuad Blaugrana itu berada di pertengahan carta LaLiga dan berkata bahawa sesi latihannya akan menuntut segala-galanya dan mereka perlu bersaing secara kuat.

Selepas waktu rehat antarabangsa bulan ini, tugasan pertama legenda pemain tengah Sepanyol itu adalah menentang Espanyol dalam 'derby' Catalan pada 20 November ini.

Dalam pada itu, Barcelona turut mengesahkan bahawa Eric Garcia dan Nico Gonzalez mengalami ketegangan otot ketika terikat 3-3 dengan Celta Vigo hujung minggu lalu.

Kedua-dua pemain itu akan menyertai Ansu Fati dalam senarai kecederaan Barca.