BARCELONA 3 ELCHE 0

Pengendali Barcelona, Xavi Hernandez, berpuas hati dengan perkembangan skuadnya yang menundukkan musuh setempat, Elche, 3-0 di 0 di Spotify Camp Nou, malam tadi.


Tuan rumah memanjat tangga teratas LaLiga buat sementara waktu yang menyaksikan tugas tuan rumah bertambah mudah apabila Elche pincang berikutan kad merah Gonzalo Verdu ketika permainan baru berusia 14 minit.

Mereka perlu menanti 20 minit lagi untuk memecah kebuntuan menerusi Robert Lewandowski sebelum Memphis Depay, menjadikan kedudukan 2-0 disusuli gol kedua gol keduanya Lewandowski untuk menuju ke bilik persalinan dengan selesa.

Bercakap selepas perlawanan, Xavi memuji kelibat pemain mudanya yang makin matang khususnya Alejandro Balde dan Pedri.

"Balde tidak pernah berhenti memukau saya, kanak-kanak seusianya tidak bermain sebaiknya. Dia akan menawarkan banyak sumbangan kepada kami. Keadaan fizikalnya mantap.

“Balde adalah pertahanan kiri yang hebat. Kami mempunyai tiga bek kiri yang hebat. Jordi, Marcos dan Balde. Dia mencipta beberapa peluang hari ini. Saya sangat gembira bagi dirinya, dia sangat matang.




“Pedri juga adalah pemain yang hebat. Dia memahami permainan, dan dia boleh membuat perubahan dengan hantarannya.

“Pedri perlu menjadi penentu masa depan kami. Pada usia 19 tahun, dia setanding dengan pemain bola sepak terbaik yang pernah bermain di sini. Kami perlu menjaga dia.”

Malah, Xavi menganggap saingan dalam kelab Catalan itu sendiri bagus dan setiap pemain menunjukkan komitmen tinggi sambil berjanji akan memberikan peluang sewajarnya kepada semua pemain.

“Kami mempunyai skuad yang sangat besar sekarang. Semua orang berlatih dengan baik, bertindak balas dengan baik. Ingatlah bahawa musim ini pelik dan kami memerlukan semua orang berada untuk berada di tahap terbaik masing-masing. Kami perlu menjadi sebuah keluarga.

“Anda memenangi gelaran dengan skuad besar, bukan dengan set kesebelasan utama yang sama. Kami mempunyai 25 pemain dan kesemua mereka boleh diletakkan dalam barisan utama dalam setiap perlawanan. Keputusan di tangan saya selepas itu."

“Saya gembira kerana kami capai kemenangan. Ia sangat penting. Selepas kad merah mereka, perlawanan berubah sepenuhnya. Kami sentiasa mempunyai ruang untuk menambah baik.”

“Sebelum kad merah, perlawanan lebih bersifat posisi. Selepas itu, kami menikmatinya. Rasanya agak mudah, terutama dalam separuh masa kedua.”