Granit Xhaka menjaringkan gol Piala Dunia pertamanya dengan ledakan menarik untuk membantu Switzerland menewaskan Serbia 2-1 dalam pertemuan Kumpulan E di Stadium Kaliningrad, awal pagi tadi.

Pemain tengah Arsenal itu, yang memperbaharui kontraknya di kelab itu minggu lalu, melepaskan rembatan dari jarak 25 meter untuk Switzerland menyamakan kedudukan 1-1.

Ia bermakna Xhaka menjadi pemain pertama mempunyai nama keluarga yang bermula dengan X menjaringkan gol dalam Piala Dunia.

Secara kebetulan, Xherdan Shaqiri menjaringkan gol kemenangan lewat untuk Switzerland, yang menyamai mata dengan Brazil di puncak Kumpulan E.

Mereka mengatasi bekas pemain antarabangsa Portugal, Abel Xavier. Terdapat wira X-Men baru yang kini tampil.