Arsenal meminjamkan pertahanan, William Saliba, ke Marseille sepanjang musim 2021-22.

Pemain berusia 20 tahun itu masih lagi belum membuat sebarang penampilan dalam saingan kompetitif buat Gunners sejak ditandatangani pada Julai 2019.

Saliba dipinjamkan semula ke Saint-Etienne dan menikmati separuh kedua musim lalu bersama Nice selepas diketepikan daripada skuad Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Europa (UEL) Arsenal.

Dia kini akan kembali ke Ligue 1 untuk satu lagi musim selepas Marseille mencapai persetujuan dengan Arsenal mengenai pinjaman sepanjang musim.

Berikutan pengesahan kesepakatan semalam, pengarah teknikal Arsenal, Edu, memberitahu laman web rasmi kelab: "Bersama dengan William, kami telah memutuskan bahawa perkembangannya akan diteruskan menerusi pinjaman sepanjang musim.

"William menyertai kami ketika berusia 18 tahun, dan kini baru sahaja berusia 20 tahun, jadi dia masih lagi perlu berkembang. William adalah pemain dengan kemampuan semula jadi yang kuat dan berpotensi mampu memanfaatkan Marseille, sebuah kelab yang bagus.

"Untuk bermain semusim lagi dalam Ligue 1 sangat penting untuk perkembangannya. Kami tentu saja akan terus berhubung dengan William dan berharap yang terbaik di Perancis bersama Marseille."