Gini Wijnaldum akhirnya bersuara mengenai keputusan meninggalkan Liverpool dan mendedahkan dirinya 'tidak berasa cinta' daripada sebahagian daripada penyokong pada dua musim terakhirnya.

Wijnaldum -- yang menyertai Paris Saint-Germain secara percuma -- mengakui mengalami kecaman di media sosial tetapi menolak idea mahu meninggalkan Merseyside lebih gaji yang lebih lumayan.

Pemain Belanda itu menyertai Liverpool pada 2016 dari Newcastle United dan melakukan lebih daripada 200 penampilan ketika menjulang Liga Perdana Inggeris (EPL) dan Liga Juara-Juara (UCL).

Wijnaldum memberitahu kepada The Times, "Setiap hari dalam latihan dan dalam perlawanan, saya memberikan segalanya.

“Liverpool sangat bermakna bagi saya. Ada ketika saya tidak berasa cinta dan dihargai di sana.

"Bukan oleh rakan sepasukan saya, bukan juga orang di Melwood. Saya tahu mereka semua menyayangi saya dan saya menyayangi mereka. Ia bukan daripada sisi itu.

Ada saat ketika saya tidak berasa disayangi. Dalam dua musim terakhir, beberapa kali saya mendapatkan perasaan sebegini.

"Media tidak membantu. Ada kisah seperti saya tidak menerima tawaran [Liverpool] kerana saya mahukan lebih banyak wang, dan peminat pula berasakan seperti 'OK, dia tidak mendapat tawaran jadi dia tidak mencuba yang terbaik untuk memenangi perlawanan.' Semuanya kelihatan seperti menentang saya.

"Beberapa saat seperti, 'Wah, saya lagi?’"

Dia berkata lagi, "Peminat di stadium dan peminat di media sosial adalah dua perkara yang berbeza. Di stadium, saya tidak dapat mengatakan apa-apa yang buruk tentang mereka. Mereka selalu menyokong saya.

"Di media sosial jika kami kalah, saya adalah orang yang disalahkan - [mendakwa] yang saya mahu berhijrah. Ada saat ketika saya seperti, 'Wah, seandainya mereka tahu apa yang saya lakukan untuk kekal cergas dan bermain setiap perlawanan.'


"Anda tidak boleh mengeluh kerana itu adalah tugas anda. Tetapi pemain lain mungkin berkata, 'Saya tidak cergas.' Anda mendapat pemain pada tahun terakhir mereka yang seperti, 'Saya tidak bermain kerana terlalu banyak risiko.' Saya melakukan bertentangan terhadap perkara itu.

"Saya tidak selalu bermain dengan baik tetapi selepas perlawanan saya dapat melihat cermin dan berkata," Saya berlatih dengan bersungguh-sungguh untuk menjadi lebih baik. "

"Rakan sepasukan tidak pernah berasa seperti saya mengecewakan mereka. Bagi pengurus, saya merupakan pemain yang dia boleh percayai. Ini juga membantu kerana saya dapat bermain di posisi yang berbeza dan melakukannya dengan baik di posisi yang berbeza. Saya akan memberikan segalanya.

"Saya diterima baik bukan hanya daripada peminat tetapi pengurus dan pemain, orang-orang yang bekerja di kelab. Pemain datang kepada saya sambil berkata, 'Ini adalah sesi latihan terakhir anda, ini adalah minggu terakhir anda di kelab.' Itu sungguh sukar dan juga beremosi bagi saya.

"Banyak masa saya terpaksa daripada mengalirkan air mata. Cinta yang ditunjukkan oleh semua orang [semasa dan selepas perlawanan terakhir, menentang Crystal Palace] cukup indah."