Georginio Wijnaldum akhirnya mendedahkan keputusannya untuk menolak Barcelona bagi menyertai Paris Saint-Germain.

Pemain Belanda itu baru-baru ini diumumkan sebagai pemain terbaru PSG musim panas setelah banyak spekulasi mengenai masa depannya.

Wijnaldum menyampaikan hasrat untuk menamatkan kontrak di Liverpool, menjadikan dirinya salah satu seorang ejen bebas paling diminati di pasaran. Walaupun dia sangat terkait dengan perpindahan ke Barcelona untuk bersatu kembali dengan bekas jurulatih Belanda, Ronald Koeman, Blaugrana gagal untuk mendapatkan tandatangannya apabila bertukar angin memilih PSG.

Laporan yang meluas mendedahkan keputusan Wijnaldum menolak Barcelona adalah untuk gaji yang lebih besar bersama gergasi Ligue 1, namun, kapten Belanda itu mengetepikan semua khabar angin dan mendedahkan bahawa Les Parisiens 'lebih cepat' membuat keputusan.


Pemain berusia 30 tahun itu menjelaskan berkata Sky Sports, "Saya melihat media hanya bercakap mengenai gaji, tetapi itu tidak benar. PSG lebih pantas. Mereka memberitahu saya mengenai projek mereka dan saya menyukainya. Saya berasa dihargai. Oleh itu, saya memberitahu Ronald Koeman saya juga mengakui bahawa di PSG saya akan menjana lebih banyak wang, tetapi itu bukan satu-satunya alasan.

"Selepas liga berakhir, Barca mengemukakan cadangan yang sangat spesifik dan serius. Saya fikir saya akan pergi ke sana, saya selalu memikirkannya. Ejen saya pergi ke sana beberapa kali, mereka beberapa kali bertemu dengan wakil kelab."


Dia berkata lagi, "Kami berunding selama empat minggu. Ini adalah keputusan yang sukar. Mereka adalah dua kelab yang sangat besar. Dan mana-mana pemain mahu bermain dengan kedua-duanya. Saya sangat lega membuat keputusan sebelum bermulanya Kejuaraan Eropah."

Belanda merekodkan kemenangan 3-2 ke atas Ukraine dalam aksi Euro 2020, awal pagi tadi dengan Wijnaldum bertindak selaku kapten dan membuka jaringan buat skuad kendalian Frank de Boer.