Timo Werner menyatakan bahawa dia gembira di RB Leipzig selepas timbul spekulasi yang mengaitkan dirinya dengan penghijrahan ke Liverpool.

Pemain berusia 21 tahun itu menyertai Leipzig dari Stuttgart sebelum musim 2016-17 bermula dan kini dilihat sebagai pemain yang berpengaruh di Red Bull Arena.

Werner kini telah meledak 14 gol dalam 24 penampilan Bundesliga musim ini, persembahan cemerlangnya itu telah menarik minat gergasi England, Liverpool.

Terdapat laporan yang mencadangkan Jurgen Klopp teringin menandatangani penyerang itu untuk berkhidmat di Anfield musim hadapa, tetapi Werner menjelaskan dia tidak mahu meninggalkan kelab itu lagi.

"Saya mahu terus berkembang bersama RB Leipzig dan cuba menghasilkan kejayaan di sini," kata Werner.

"Saya hanya berusia 21 tahun dan memiliki satu tempoh yang masih panjang.

"Saya gembira di Leipzig. Menyertai kelab ini memberi tuah kepada saya. Saya dapat menemui rentak permainan di bawah kendalian Ralph Hasenhuttl."

Werner masih memiliki kontrak bersama Leipzig sehingga Jun 2020.