Waspada ancaman Sevilla -- Van Persie

Ammar Hakim
Ogos 16, 2020 05:19 MYT
Manchester United perlu bimbang dengan ancaman Sevilla apabila mereka bertemu dalam aksi separuh akhir Liga Europa (UEL).
Ia merupakan amaran daripada bekas bintang United, Robin van Persie, mengenai Sevilla yang merupakan pasukan yang cemerlang dalam UEL menjelang pertembungan dengan United di Cologne.
Sevilla telah menjuarai UEL lima kali, dua kali ketika dipanggil Piala UEFA, serta meraih tiga kejuaraan tiga kali berturut-turut daripada 2014 hingga 2016.
Dan Van Persie menyedari kemampuan skuad kendalian Julen Lopetegui, yang tidak tewas 19 perlawanan dalam semua pertandingan, akan memberikan ancaman buat United awal pagi esok.

⚪️? Sevilla are unbeaten in 19 matches in all competitions ?@SevillaFC | #UEL pic.twitter.com/rfRBavDRqS

— UEFA Europa League (@EuropaLeague) August 14, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Sevilla merupakan pasukan pilihan, tetapi mereka perlu mencari jalan mengatasi Manchester United," kata Van Persie.
"Mereka merupakan pejuang piala, mereka sentiasa menantikan perlawanan sebegini.
"Saya hampir menyertai mereka sebelum ke Arsenal, mereka merupakan antara pilihan buat saya."