Vinicius Junior dan Karim Benzema menyelamatkan Real Madrid selepas mereka bangkit di Mestalla untuk mengejutkan Valencia 2-1 selepas dua jaringan di penghujung perlawanan.

Skuad kendalian Carlo Ancelotti gagal menampilkan aksi terbaik sepanjang 80 minit dan ketinggalan menerusi jaringan Hugo Duro ketika bekas pengendali Getafe, Jose Bordalas, mengintai peluang untuk mendahului LaLiga.

Rekod tanpa kalah Real dalam saingan LaLiga kelihatan bakal menemui penghujungnya, tetapi Vinicius menyamakan kedudukan pada minit ke-86 dan Benzema memastikan kemenangan dua minit kemudian, membuatkan penyokong tuan rumah terdiam selepas bola menembusi gawang selepas terkena bahunya.

Gergasi LaLiga itu hanya menang sekali daripada tujuh perlawanan liga di Mestalla (Seri 2 Tewas 4), tetapi sikap enggan tewas terus menyelamatkan mereka dan ia sekali lagi membuahkan hasil.