Bekas pertahanan Manchester United, Nemanja Vidic, tidak terkejut dengan prestasi cemerlang Zlatan Ibrahimovic di Old Trafford dan memuji mentaliti dan keinginan pemain itu.

Bekas penyerang skuad kebangsaan Sweden itu telah meledak 28 gol dalam semua kejohanan sejak menyertai United pada musim 2016-17 dan Vidic berharap dia masih mampu menghasilkan lebih lagi.

"Saya sentiasa mengetahui dia merupakan pemain yang berkualiti. Saya telah berdepannya dalam beberapa perlawanan. Ibrahimovic telah memenangi kejuaraan dan menjaringkan banyak gol di mana dia beraksi," kata Vidic.

"Pada usia 35 tahun dan cergas untuk beraksi dalam setiap perlawanan, bola sepak Inggeris dalah sesuatu yang berbeza dan dia mampu menyesuaikan diri dalam tempoh yang singkat untuk mempamerkan permainan yang konsisten sepanjang musim.

"Saya amat mengagumi mentaliti yang dimilikinya dan sentiasa mahu menjaringkan gol.

Kontrak Ibrahimovic bakal berakhir pada penghujung musim ini tetapi masih memiliki pilihan untuk melanjutkan kontraknya buat semusim lagi.