Berita gembira untuk peminat sukan berbasikal Lembah Klang apabila Velodrom Cheras bakal dihidupkan semula.

Ia susulan perbincangan awal antara pemilik tanah dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur yang sedang mendapatkan kata sepakat mengenai langkah yang perlu diambil untuk membuka semula venue berusia 34 tahun itu.

Rosman Alwi, M Kumaresan, Josiah Ng dan Datuk Azizulhasni Awang antara pelumba handalan negara yang pernah berkampung di venue ikonik ini.

Selain itu, venue di ibu kota ini pernah menjadi medan kepada Kejohanan Asia dan Sukan SEA.

Kali terakhir Velodrom Cheras menganjurkan kejohanan ialah menerusi Kejuaraan Berbasikal Trek Remaja Kebangsaan pada Mac 2017.