Jamie Vardy gagal menyempurnakan penalti dalam separuh masa kedua ketika Leicester City hanya mampu seri 1-1 dengan Spartak Moscow awal pagi tadi menyaksikan saingan Kumpulan D Liga Europa masih terbuka.

Victor Moses meletakkan Spartak di hadapan pada permulaan separuh masa kedua apabila menembusi benteng pertahanan Leicester sebelum menanduk masuk gol.

The Foxes kemudian menyamakan kedudukan apabila Daniel Amartey menanduk masuk hasil sepakan sudut Ayoze Perez, sebelum memberikan penalti kerana menjatuhkan Ademola Lookman.

Pemain gantian, Vardy, bertanggungjawab untuk mengambil sepakan penalti, tetapi penjaga gol, Spartak, Alexander Selikhov, berjaya meneka haluan bola bagi memastikan kedua-dua pasukan menamatkan perlawanan berkongsi satu mata.