Raphael Varane berkata Manchester United mesti 'meningkatkan segala aspek' dalam era baharu di bawah kendalian Erik ten Hag.

The Red Devils bergelut sekali lagi musim lalu, gagal layak ke Liga Juara-Juara (UEFA Champions League) atau memenangi trofi.

Ten Hag telah dipikat dari Ajax sebagai pengganti tetap kepada bos sementara, Ralf Rangnick, yang mengambil alih pasukan berikutan pemecatan Ole Gunnar Solskjaer November lalu.

Pengendali dari Belanda itu bermula dengan kemenangan semasa jelajah pramusim mereka Selasa lalu, menewaskan Liverpool 4-0 di Bangkok.

Varane berkata United mesti meningkat dalam semua bahagian untuk menjadi kuasa besar Eropah sekali lagi.

“Kami tahu betul-betul bagaimana kami mahu bermain,” kata Varane kepada Sky Sports. “Pengurus menerangkan dengan baik apa yang perlu kami lakukan dan ia benar-benar jelas.

"Jadi kami tahu kami perlu sangat cergas kerana ia adalah cara bermain yang sangat fizikal. Ini hanya permulaan pramusim jadi ia hanya permulaan, tetapi kami tahu dengan tepat ke mana kami mahu pergi.

“Saya rasa kami tahu apa yang perlu kami lakukan – kami perlu menambah baik dalam segala-galanya.

"Kami mempunyai cita-cita untuk musim ini tetapi juga, yang paling penting, kami perlu bekerja dengan rendah hati. Saya fikir ia adalah yang paling penting."