VAR rosakkan perlawanan -- Grealish

Ammar Hakim
Disember 1, 2020 03:30 MYT
Jack Grealish percaya VAR 'merosakkan permainan' selepas Aston Villa dinafikan jaringan penyamaan ketika berdepan West Ham.
Selepas terlepas penalti, Ollie Watkins menyangka dia telah menjadikan kedudukan 2-2 dalam masa tambahan, namun percubaannya telah ditolak oleh VAR kerana berada dalam kedudukan ofsaid.
Jaringan Jarrod Bowen pada minit ke-46 terbukti membenarkan West Ham menang selepas Grealish menyamakan kedudukan susulan jaringan pembukaan daripada Angelo Ogbonna.
Namun selepas kontroversi melibatkan VAR dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL), Grealish berkata sistem itu merosakkan perlawanan.
"VAR, saya telah berkongsikan pandangan sebelum ini dan sekarang ia kerap kali melakukan keputusan yang tidak masuk akal," katanya.
"Merosakkan perlawanan."

As for VAR, I’ve shared my views before and it’s now just getting borderline embarrassing with some off the decisions. Ruining the game ?

— Jack Grealish (@JackGrealish) November 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Keputusan Aston Villa, Dean Smith, meratapi kekalahan pasukannya, dengan Watkins diasak Ogbonna sebelum menyempurnakan hantaran silang Matt Targett.
"Kami gagal menyempurnakan penalti, dan jaringan tidak dibenarkan bola terkena sebahagian badan yang tidak dibenarkan untuk menjaringkan gol," katanya.
"Jaringan pada penghujung permainan daripada Ollie, mereka melihat lengannya berada di kedudukan ofsaid, tetapi satu-satunya alasan tangannya berada di situ kerana dia telah diterjah. Sama ada dia menjaringkan gol atau penalti. Saya tidak memahami perkara ini.
"Saya tidak akan pulang ke rumah dan memikirkan tentang VAR. Ia mengecewakan semua. Namun segalanya telah berlaku, tiada apa yang boleh dilakukan."