Pertahanan Liverpool, Virgil van Dijk dan Joe Gomez, akhirnya kembali beraksi selepas pulih daripada kecederaan sebagai pemain gantian ketika tewas 4-3 dalam aksi persahabatan bertemu Hertha Berlin semalam.

Van Dijk tidak beraksi sejak bertembung dengan penjaga gol Everton, Jordan Pickford, menyaksikan dia menjalani pembedahan ligamen lutut pada kaki kanannya.

Gandingannya, Gomez, turut mengalami tempoh rehat yang panjang, apabila masalah kecederaan lutut turut menghimpit pemain kebangsaan England itu.

Jurgen Klopp tidak memberikan minit permainan yang terlalu banyak kepada mereka, membawa masuk bagi baki 20 minit dalam aksi terakhir pra-musim di Austria.

Liverpool terlebih dahulu dibolosi dua jaringan hasil Santiago Ascacibar dan Suat Serdar.

Sadio Mane dan Takumi Minamino bangkit menyamakan kedudukan sebelum dua jaringan Stevan Jovetic memberikan kelebihan dua jaringan sekali lagi buat Hertha.

Gomez diberikan kad kuning sebelum kapten Belanda, Van Dijk, menyaksikan tandukkannya berjaya diselamatkan, tetapo Alex Oxlade-Chamberlain memastikan Liverpool menamatkan perlawanan dengan tiga jaringan.