Ernesto Valverde enggan memikirkan sama ada dia mendapat layanan buruk di Barcelona susulan pemecatannya bulan lalu.

Bekas pengurus Athletic Bilbao itu yang dilantik sejak Mei 2017 dengan memenangi LaLiga sepanjang dua musim kendaliannya turut menjulang Copa del Rey dan Supercopa de Espana pada 2018.

Bagainamana, kekalahan skuad Blaugrana itu di tangan Roma dan Liverpool dalam dua kempen Liga Juara-Juara (UCL) berturut-turut biarpun membawa bekalan selesa daripada pertemuan pertama telah mencetuskan tekanan kepada Valverde.

Kekalahan kepada Atletico Madrid dalam separuh akhir Supercopa memuktamadkan nasib Valverde di Camp Nou, namun dia tidak mahu terlalu memikirkan pemecatannya itu.

"Saya tidak memikirkannya," katanya dalam Sidang Kemuncak Bola Sepak Antarabangsa Bilbao semalam.
"Jika saya telah dilayan secara tidak adil, maka saya perlu mengelakkannya.

"Ia mengenai bab baru. Kami memikirkan tentang apa dan mengapa ia berlaku. Kami akan terus pandang ke depan, saya tidak perlu mengimbaunya semula."

Pengarah Sukan, Eric Abidal, mencetuskan perbalahan dengan Lionel Messi Nou minggu lalu apabila mendakwa pemain Barcelona tidak bekerja keras untuk Valverde sebelum pengurus itu dipecat.

Begitupun, Valverde tidak mahu membangkitkan spekulasi mengenai perkara itu dengan menambah: "Kenapa saya pergi? Soalan itu bukan untuk saya.

"Ini adalah sebahagian asam garam dan kami perlu menerima hakikatnya. Adakah saya suka sekiranya perkara ini berbeza? Ya, sudah tentu."

Editor: Shaiful Shamsudin