Valencia melengkapkan perjanjian dengan Jasper Cillessen daripada seteru LaLiga, Barcelona.

Penjaga gol Belanda itu menandatangani kontrak selama empat tahun di Mestalla dengan klausa pelepasan bernilai €80 juta (RM377 juta).

Cillessen telah memainkan peranan di belakang Marc-Andre ter Stegen selama tiga musim di Catalonia dan April lalu, dia mengumumkan sedang mencari kelab baru.

Kekosongan yang ditinggalkannya di Barcelona membuka ruang kepada pilihan pertama di Valencia, Neto, untuk terbabit dalam rundingan pertukaran pemain.

Cillessen sekadar tampil dalam 32 perlawanan sepanjang tiga tahun bersama Barcelona, ​​lima daripadanya dalam aksi LaLiga.

Penampilan terakhir pemain 30 berusia tahun itu bersama Barca adalah dalam kekalahan perlawanan akhir Copa del Rey, Mei lalu.

Barcelona mula menyingkirkan pemain dengan penyerang, Marc Cardona, berkelana ke kelab Divisyen Segunda, Osasuna, sementara Andre Gomes menandatangani kontrak tetap dengan Everton.

Cillessen memberitahu laman sesawang kelab barunya itu: "Sungguh mengagumkan, bagi saya ia sangat istimewa dan saya tidak sabar-sabar lagi untuk bermula. Saya sangat gembira.

"Saya menyatakan keinginan untuk menyertai Valencia. Bagi saya, ia bukannya langkah sukar. Untuk mengetahui Valencia dengan lanjut, saya sempat bercakap dengan bekas pertahanan Valencia, Hedwiges Maduro dan (bekas pengurus) Ronald Koeman, untuk menilai apakah ia satu pilihan menarik atau tidak.

"Valencia merupakan kelab istimewa, sebuah kelab mantap dengan sejarah yang hebat.

"Bagi saya, ia sangat mudah, saya mahu memulakan permainan dan menang. Hari ini adalah hari yang sangat istimewa untuk saya."