Valencia sahkan Rodrigo hadapi kecederaan lutut

Nafis Abdullah
Julai 2, 2020 23:31 MYT
Valencia mengesahkan penyerang, Rodrigo Moreno, telah mengalami kecederaan lutut sewaktu tewas di tangan Athletic Bilbao, semalam.
Aksi pertama Voro mengendalikan kelab itu -- di mana ia tempoh keenam selaku pengurus -- berakhir dengan kekalahan 2-0 di Mestalla tatkala dua ledakan Raul Garcia memberikan kemenangan buat Athletic.
Satu lagi tamparan buat pasukan yang menduduki tangga ke-10 LaLiga, Valencia, adalah kecederaan lutut kanan yang menimpa pemain berusia 29 tahun itu.
Rodrigo bergelut dengan prestasi pada musim ini, hanya mencatat tujuh gol dalam semua kejohanan.
#Valencia #Rodrigo Moreno