BAYERN MUNICH 4 BORUSSIA DORTMUND 1

Xabi Alonso menolak cadangan bahawa pengalaman yang dimiliki skuad Bayern Munich merupakan faktor kemenangan 4-1 ke atas Borussia Dortmund 4-1 dalam aksi Bundesliga.


Dortmund menurunkan tiga pemain muda dalam kesebelasan utama di Allianz Arena dan ia telah menghukum mereka selepas pemain veteran, Arjen Robben dan Frank Ribery, berjaya mencetak gol manakala penyerang Robert Lewandowski meledak dua gol ke atas bekas pasukannya.

Bekas pemain kebangsaan Sepanyol, Alonso, berasakan usaha yang dipamerkan oleh rakan sepasukannya merupakan faktor kemenangan Bayern untuk mendahului liga dengan kelebihan 10 mata.

"Usia dan pengalaman bukan kelebihan buat kami. Kemenangan ini hadir daripada prestasi yang dipamerkan oleh pemain-pemain Bayern.

"Kami telah cuba untuk mengawal permainan dengan baik.

Aksi seterusnya buat Bayern adalah menerima kunjungan Real Madrid bagi menghadapi perlawanan pertama Liga Juara-Juara (UCL) pada Rabu.

"Kami menyedari ia adalah perlawanan yang sukar dan kami perlu berada di tahap yang terbaik.

"Mereka memiliki pemain-pemain terbaik di dunia dan ia akan menjadi ujian yang besar buat kami."