Uruguay batal panggil Cavani kerana larangan di England

Muzaffar Musa
Ogos 31, 2021 00:08 MYT
Edinson Cavani akan kekal berada bersama Manchester United sepanjang waktu rehat antarabangsa kali ini selepas Uruguay mengesahkan penyerang itu tidak akan bersama mereka berikutan larangan di England.
Premier League minggu lalu mengesahkan bahawa kelab-kelab mereka telah bersetuju untuk tidak melepaskan pemain ke negara yang berada dalam senarai merah COVID-19.
Sebelum keputusan itu, Cavani telah tersenarai dalam skuad Oscar Tabarez berkenaan bagi menghadapi pusingan kelayakan Piala Dunia menentang Peru, Bolivia dan Ecuador sepanjang dua minggu ini.
Peru dan Uruguay berada dalam senarai merah United Kingdom dan ia bermakna pemain berusia 34 tahun itu perlu menjalani kuarantin selama 10 hari sebaik kepulangannya dari Amerika Selatan.
Bagaimanapun, Tabarez memilih untuk membatalkan niatnya memanggil penyerang United itu bagi mengelakkan pemain berkenaan terlepas dua aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) menentang Newcastle United dan West Ham selain perlawanan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) dengan Young Boys.

? Comunicado de la AUF - 29/8/21 pic.twitter.com/INribPRaVM

— Selección Uruguaya (@Uruguay) August 30, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#bola sepak #Manchester United #Uruguay #kelayakan Piala Dunia #Edinson Cavani