Luis Enrique tidak meragui kemampuan sertai kualiti Sepanyol tetapi menerima lawan dalam aksi final Liga Negara-Negara, Perancis memilii koleksi pemain individu yang terbaik di pentas antarabangsa.

Spain mengatasi juara Eropah, Itali dalam aksi separuh akhir, menamatkan rekod dunia 37 peralwanan tanpa kalah Azzurri.

Juara dunia, Perancis menanti di final, dengan skuad kendalian Didier Deschamps bangkit daripada ketinggalan 2-0 untuk mengatasi Belgium 3-2, di mana buat pertama kali mereka bangkit daripada ketinggalan dua jaringan sejak Mei 2012.

Kesebelasan utama Sepanyol sebelum ini merupakan yang termuda (26.8 tahun secara purata) darpiada empat pasukan yang beraksi dalam separuh akhir Liga Negara-Negara, dan sebelum kemenangan mereka ke atas Itali, Luis Enrique menganggap peluang pasukannya untuk merangkul gelaran adalah paling tipis.

Tetapi dia tetap berbangga apabila berjaya membuat kejutan dan percaya untuk melakukannya sekali lagi.

"Saya yakin bahawa kita akan mempunyai permainan yang hebat dan mampu mendatangkan kesukaran buat Perancis," katanya.

"Saya tidak tahu apakah kami mampu untuk menang, tetapi bagi kami ia adalah dorongan yang sangat besar.



"Dalam separuh akhir, kami bukan pasukan pilihan tetapi melakar keputusan positif. Kami akan cuba melakukannya sekali lagi bertemu pasukan terbaik dunia -- di peringkat individu, tanpa diragui.

"Kami akan bertahan seperti biasa, mengambil risiko dan memastikan kawalan memihak Sepanyol."