United tidak sabar bertemu Chelsea -- Solskjaer

Muzaffar Musa
Julai 17, 2020 05:14 MYT
Ole Gunnar Solskjaer menegaskan bahawa Manchester United sudah tidak sabar untuk berdepan Chelsea dalam separuh akhir Piala FA di Wembley awal pagi Isnin ini.
Gol daripada Marcus Rashford dan Anthony Martial memastikan United menewaskan Crystal Palace 2-0 di Selhurst Park awal pagi tadi, bagi meneruskan pemburuan kedudukan empat teratas musim ini.
United hanya memiliki waktu rehat singkat sebelum berdepan Chelsea dan Solskjaer mempersoalkan mengapa skuad kendalian Frank Lampard itu memiliki kelebihan waktu rehat selama 48 jam.
Tetapi pengurus United itu berkata pasukannya sudah tidak sabar menghadapi perlawanan itu.
"Kami baik-baik sahaja, kami cergas dan pemain sudah tidak sabar untuk beraksi, mahu bermain lagi," kata Solskjaer dalam sidang media.
"Sudah pasti, sesiapa sahaja boleh memiliki kelebihan pada bila-bila masa dan berkata, 'saya tidak mahu terlibat dengan perkara ini'.

Job done in south London ?#MUFC #CRYMUN pic.twitter.com/RBuluNAZBc

— Manchester United (@ManUtd) July 16, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Kami memiliki pemain di bangku simpanan yang terdesak untuk beraksi tetapi ia didorong dengan ketiadaan Brandon (Williams) dan Luke (Shaw) hari ini.
"Timothy (Fosu-Mensah) beraksi baik dan Scott (McTominay) amat cemerlang. Dia menggantikan Nemanja (Matic).
"Kami ada pemain yang berpeluang untuk menggantikan pemain lain sepanjang tempoh ini dan menjaringkan tiga gol selepas 60 minit dalam kesemua kejohanan. Kami bertuah kerana memiliki kelebihan itu," katanya lagi.
United kini berada di tangga kelima Liga Perdana Inggeris dengan ketinggalan satu mata di belakang Chelsea dan terikat mata yang sama dengan pasukan di tangga keempat, Leicester City, berbaki dua perlawanan.
#Chelsea #Manchester United #Crystal Palace #Liga Perdana Inggeris #Piala FA Inggeris