United perlu elak pemain 'kejar gaji besar' -- Rafael

Ammar Hakim
April 26, 2020 23:43 MYT
Manchester United perlu memastikan mereka tidak menandatangani pemain yang mahu 'datang demi wang', kata Rafael.
United telah banyak berlabur dalam memperkuatkan pasukan sejak Alex Ferguson bersara pada 2013, namun mereka masih lagi gagal untuk memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL).
Hala tuju yang kurang jelas daripada pengarah bola sepak dan empat pertukaran pengurus menyaksikan polisi perpindahan United tidak tersusun, dengan sejumlah wang yang besar dibazirkan dengan mendapatkan khidmat Angel Di Maria dan Alexis Sanchez.
Di bawah kendalian Ole Gunnar Solskjaer, pendekatan perpindahan pemain sudah mula menampakkan peningkatan, bekas penyerang United itu menjelaskan beliau hanya membawa masuk pemain-pemain yang sesuai dengan gaya permainannya.
Dengan kehadiran Daniel James, Aaron Wan-Bissaka, Harry Maguire dan Bruno Fernandes menghasilkan aksi yang positif, degan Solskjaer memastikan pemain-pemain muda daripada akademi turut diberikan peluang bermain di samping pemain berpengalaman.

1 - Since his debut for the club, Bruno Fernandes has had more shots (10), provided more assists (2) and created more chances (7) than any other Manchester United player in the Premier League. Propelled. pic.twitter.com/7CbAol0vFX

— OptaJoe (@OptaJoe) March 1, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walaupun terdapat kebimbangan mengenai daya maju jendela perpindahan semasa krisis coronavirus, United dijangka akan berusaha untuk menandatangani bintang Borussia Dortmund, Jadon Sancho dan penyerang Tottenham, Harry Kane tahun ini.
Rafael, juara EPL tiga bersama United, meminati kedua-dua pemain namun menegaskan United perlu mendapatkan pemain yang benar-benar mahu berkhidmat di Old Trafford.
"Ia mengambil masa yang terlalu lama untuk kembali ke landasan tepat," kata pertahanan Lyon itu kepada ESPN. "Sudah tujuh tahun [tanpa kejuaraan EPL]. Kami telah melakukan kesilapan. Kami mula menandatangani pemain yang mahal dan memberikan gaji yang tinggi. Saya kurang bersetuju. Nilai yang tinggi tidak memastikan mereka sesuai untuk pasukan. Ia bergantung kepada perwatakan pemain tersebut.
"Mereka perlukan pemain yang mahu bermain untu Manchester United, bukan hanya dibayar oleh Manchester United. Lihat kepada Chicharito [Javier Hernandez]. Seorang pemain yang bertungkus lumus untuk Manchester United? Dia mahu bermain dan United tidak berbelanja besar ketika menandatanganinya. Dia adalah contoh yang harus diikuti.
"Harry Kane penjaring yang berkualiti dan Jadon Sancho seorang pemain yang cemerlang. Tetapi anda perlu melihat perwatakannya sama ada mereka mahu benar-benar bermain dengan baik bersama United bukan hanya untuk meraih gaji yang besar."
#Manchester United #EPL #Rafael