Masa depan Paul Pogba di Manchester United tidak menentu sejak 12 bulan yang lalu.

Tetapi Red Devils difahamkan mahu mengekalkan khidmat pemain antarabangsa Perancis itu.

Pogba memasuki 12 bulan terakhir dalam kontraknya bersama United.

Manchester United bersedia menawarkan kontrak baru untuk menjadikan Pogba sebagai pemain Liga Perdana Inggeris (EPL) dengan gaji tertinggi, menurut laporan The Sun.

Pogba dikaitkan dengan perpindahan dari United sejak kebelakangan ini, dengan Juventus dikhabarkan berminat mendapatkan khidmatnya semula.

The Red Devils dijangka menawarkan kontrak baru bernilai GBP104 juta, menawarkan gaji GBP 400,000 seminggu untuk lima tahun akan datang.