Undian Liga Europa: Manchester United jadi tarikan

Penulis Jemputan
Ogos 30, 2019 14:45 MYT
Finalis Liga Europa, Arsenal, bakal diuji apabila musim ini diundi sekumpulan dengan Eintracht Frankfurt sementara Manchester United akan menghadapi Astana, Partizan Belgrade dan AZ.
Anak buah Unai Emery itu, yang dibelasah Chelsea 1-4 dalam perlawanan akhir musim lalu, bagaimanapun dijangka akan lolos daripada Kumpulan F yang turut menempatkan Standard Liege dan Vitoria Guimaraes.
United, pemenang pada 2017, pula dalam Kumpulan L sementara satu lagi kelab Inggeris, Wolves, perlu menghadapi Besiktas, Braga dan Slovan Bratislava dalam Kumpulan K.
Sevilla pula muncul pilihan dalam saingan Kumpulan A sementara dua seteru ketat, Celtic, dan pasukan bimbingan Steven Gerrard, Rangers, masing-masing diundi dalam kumpulan sukar.
Keputusan penuh undian:
Kumpulan A: Sevilla, APOEL, Qarabag, Dudelange
Kumpulan B: Dynamo Kiev, FC Copenhagen, Malmo, Lugano
Kumpulan C: Basel, Krasnodar, Getafe, Trabzonspor
Kumpulan D: Sporting CP, PSV, Rosenborg, LASK
Kumpulan E: Lazio, Celtic, Rennes, Cluj
Kumpulan F: Arsenal, Eintracht Frankfurt, Standard Liege, Vitoria Guimaraes
Kumpulan G: Porto, Young Boys, Feyenoord, Rangers
Kumpulan H: CSKA Moscow, Ludogorets, Espanyol, Ferencvaros
Kumpulan I: Wolfsburg, Gent, Saint-Etienne, Oleksandriya
Kumpulan J: Roma, Borussia Monchengladbach, Istanbul Basaksehir, Wolfsberger
Kumpulan K: Besiktas, Braga, Wolves, Slovan Bratislava
Kumpulan L: Manchester United, Astana, Partizan Belgrade, AZ