Penyerang Manchester City, Enes Unal, telah menyertai Villarreal, ia disahkan kelab LaLiga itu.

Hari ini, Villarreal mengumumkan pemeteraian perjanjian lima tahun dengan pemain antarabangsa Turki itu.

Pemain berusia 20 tahun itu, yang menghabiskan musim lalu dengan dipinjamkan ke FC Twente dalam Eredivisie, menjaringkan 19 gol daripada 33 perlawanan dalam semua pertandingan.

"Dia seorang pemain yang kuat dengan bertubuh besar tetapi juga mempunyai keupayaan teknikal: menggelecek, mengubah permainan, berkemahiran berada di belakang pertahanan dan menyerang ke arah gol," kata Villarreal dalam satu kenyataan.

"Unal juga mempunyai rembatan kencang dan berbahaya, menjadikan dia pemain bola sepak yang lengkap pada usia 20 tahun."

Unal berpindah ke City daripada kelab Turki, Bursaspor, pada 2015 tetapi tidak pernah bermain dalam perlawanan kompetitif untuk gergasi Liga Perdana Inggeris itu.

Dia juga dipinjamkan ke Genk dan NAC Breda di samping telah meraih lima penampilan bersama Turki sejak membuat kemunculan pertama pada 2015.