Samuel Umtiti patah tulang metatarsal kelima di jari kaki kanannya -- hanya seminggu selepas bersetuju melanjutkan kontrak di Barcelona, umum ​​kelab itu.

Umtiti seakan-akan bakal meninggalkan Camp Nou bulan ini sebelum perjanjian baharu yang mengejutkan itu dimeterai, secara tidak langsung kekal di Catalonia hingga 2026.

Pemenang Piala Dunia itu, yang kontraknya sebelum ini akan tamat pada 2023, dikaitkan dengan pelbagai kelab termasuk Newcastle United yang berbelanja besar.

Sebaliknya, Barca mengekalkan Umtiti apabila dia bersetuju dengan penurunan gaji bagi membolehkan pemain baru, Ferran Torres, didaftarkan.



Sama ada Umtiti boleh kembali beraksi musim ini selepas hanya diturunkan sekali dalam LaLiga masih belum dapat dipastikan lagi.

"Samuel Umtiti mengalami kecederaan di kaki kanannya ketika latihan semalam dan tulang metatarsal kelimanya telah patah," satu kenyataan kelab itu berbunyi.

"Pemain itu akan menjalani pembedahan oleh doktor, Antoni Dalmau, dan dengan penyeliaan perkhidmatan perubatan kelab pada hari esok (hari ini). Satu lagi kenyataan akhbar akan dikeluarkan apabila pembedahannya telah selesai."