UK, Itali dan Turki bida penganjuran Euro 2028, Euro 2032

Shaiful Shamsudin
November 16, 2022 22:18 MYT
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) mengesahkan sudah menerima tiga bidaan awal untuk penganjuran Euro 2028 dan 2032 sebelum tarikh akhir malam tadi.
Tawaran bersama daripada United Kingdom (UK) dan Republik Ireland telah dikemukakan untuk kejohanan 2028, sementara Turki turut berminat untuk menganjurkan edisi itu buat julung kalinya.
Persatuan bola sepak dari England, Wales, Scotland, Ireland Utara dan Republik Ireland sepakat mengemukakan cadangan dan berjanji untuk menganjurkan kejohanan yang menjadi tiada tandingannya.

? UEFA has received three preliminary bid dossiers to host #EURO2028 and #EURO2032. ?️ The submission deadline of the final bid dossiers is 12 April 2023. The appointment of hosts will be made next autumn.

— UEFA (@UEFA) November 16, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Tawaran daripada FA Inggeris hadir selepas kritikan hebat mengenai gelagat peminatnya dalam final Euro 2020 di Stadium Wembley dan insiden itu disifatkan sebagai "hari memalukan negara".
Turki juga membida untuk edisi 2032 termasuk Itali, yang belum pernah terpilih sebagai tuan rumah tunggal untuk kejohanan utama sejak Piala Dunia 1990.
Tarikh akhir untuk menyerahkan dokumen akhir ialah 12 April depan dan tuan rumah akan diumumkan pada musim luruh Eropah 2023.
#UEFA #Euro