Jurulatih Sabah, Julius Ating, memburu keputusan positif dalam ujian sulungnya bersama skuad Sang Badak walaupun mengakui tugas berat menanti berdepan Negeri Sembilan untuk aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Likas, esok.

"Sejak mengambil alih tugas jurulatih, saya mengharapkan keputusan positif yang sekurang-kurangnya memberikan saya sedikit motivasi," katanya.

Julius adalah bekas pemain pertahanan Sabah ketika era 90-an dan sudah pasti pengalamannya diperlukan Sabah pada ketika ini.

"Kami akan cuba memperbaiki dan mengatasi kelemahan yang ada. Kalau kami bertukar daripada pemain kepada jurulatih, memang orang mengharapkan pengalaman sebagai pemain itu dapat dimanfaatkan."

Dalam saingan Liga Perdana, Sabah tidak menunjukkan persembahan memuaskan selepas hanya berada di kedudukan kedua terbawah.

Skuad itu hanya mengumpul satu kemenangan, satu seri daripada lapan perlawanan, dan dua mata di depan pasukan torcorot, Perlis.