West Ham meneruskan kempen Liga Europa yang cemerlang dengan kemenangan 2-0 ke atas Rapid Vienna untuk mengesahkan tempat mereka di puncak Kumpulan H awal pagi tadi.

Skuad kendalian David Moyes menghuni tangga keempat dalam saingan Liga Perdana Inggeris namun beraksi lebih baik di pentas Eropah, dengan merakamkan empat kemenangan dalam lima perlawanan.

Gol daripada Andriy Yarmolenko dan Mark Noble sebelum tamat separuh masa pertama melengkapkan kemenangan, walaupun perlawanan dipertandingkan tanpa kehadiran penonton di Austria.

West Ham kembali beralih tumpuan kepada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) bertemu Manchester City sebelum menantikan aksi Liga Europa seterusnya bertemu Dinamo Zagreb bulan depan.