UEL: Rodgers salahkan kurang keamatan jadi punca Leicester tersingkir

Muzaffar Musa
Februari 26, 2021 01:32 MYT
Brendan Rodgers menyalahkan kekurangan keamatan, kreativiti dan kualiti sebagai punca Leicester City tersingkir daripada Liga Europa (UEL), di mana rekod buruknya dalam pusingan kalah mati berterusan.
The Foxes menjadi pasukan pilihan untuk melepasi pusingan 32 berbanding Slavia Prague selepas terikat tanpa jaringan dalam perlawanan pertama tetapi mereka tewas 0-2 di Stadium King Power awal pagi tadi.
Gol daripada Lukas Provod dan Abdallah Dipo Sima memastikan kemenangan pasukan dari Republik Czech itu ketika Leicester -- yang berada di tangga ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL) -- mempamerkan aksi terburuk mereka.
Rodgers, sebagai pengurus, kini telah disingkirkan dalam kesemua lima pusingan kalah mati UEL (kesemuanya dalam pusingan 32) -- bersama Liverpool (2012-13 dan 2014-15), Celtic (2017-2018) dan kini Leicester.
"Kami tidak cukup baik dalam kedua-dua perlawanan timbal balik. Itulah realitinya," kata Rodgers kepada BT Sport.
"Kami tidak bertahan dengan apa-apa keamatan. Kami memberikan mereka dua gol yang amat mengecewakan.
"Kami dapat masuk ke kawasan yang baik tetapi kekurangan kualiti apabila tiba di sana. Kami bermula dengan baik dan mengeksploitasi beberapa ruang di belakang tetapi kami tidak mempunyai cukup kualiti untuk menembusi mereka.
"Sebelum perlawanan ini, kami bersaing dalam tiga kejohanan dan kami mahu memberikan segala-galanya. Kami sedar apa kepentingan kami dan sekarang, kami akan memberikan yang terbaik.
"Kami hanya kekurangan keamatan dan kualiti," katanya lagi.

234 - Lukáš Provod's goal was Slavia Prague's first shot on target of the night against Leicester, ending the Foxes' run of 234 minutes without conceding a goal in the UEFA Europa League. Spanner. #UEL pic.twitter.com/wwj52uMVPo

— OptaJoe (@OptaJoe) February 25, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Leicester City #Brendan Rodgers #Liga Europa #Slavia Prague