UEL: Marcus Rashford ikut serta rombongan Manchester United ke Sevilla

Shaiful Shamsudin
April 19, 2023 22:00 MYT
Manchester United bakal mengalu-alukan kehadiran semula Marcus Rashford sempena kunjungan perlawanan Liga Europa UEFA (UEL) ke Sevilla.
Rashford -- yang telah menyumbangkan 28 gol musim ini -- mengalami masalah pangkal paha ketika United menang 2-0 ke atas Everton di Old Trafford pada 8 April lalu.
Pemain antarabangsa England itu kemudiannya terlepas aksi ketika mereka keputusan seri 2-2 dengan wakil daripada LaLiga berkenaan dalam pertemuan suku akhir pertama UEL, minggu lalu selain kemenangan 2-0 ke atas Nottingham Forest dalam Liga Perdana Inggeris (EPL), Ahad lalu.

? Erik has named a 21-man squad for tomorrow night's #UEL clash...#MUFC

— Manchester United (@ManUtd) April 19, 2023
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Bagaimanapun, Rashford akan menyertai skuad kendalian Eric Ten Hag itu ke Sepanyol bagi menghadapi perlawanan kedua di Ramon Sanchez Pizjuan, awal pagi esok, sementara Luke Shaw turut pulih selepas tersisih sejak 2 April.
Bruno Fernandes, bagaimanapun, akan menjalani penggantungan sementara Scott McTominay juga tidak akan turut serta.
#Manchester United #Marcus Rashford #UEL