Harry Maguire berasa optimis mengenai peluangnya untuk cergas beraksi dalam final Liga Europa, menurut pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer.

Maguire mengalami kecederaan ligamen pergelangan kaki ketika bertembung dengan Anwar El-Ghazi semasa kemenangan 3-1 ke atas Aston Villa 9 Mei lalu.

Situasi luar biasa bagi United dan Maguire, selepas pertahanan itu beraksi setiap minit dalam 71 perlawanan liga berturut-turut buat Red Devils -- dan lima bersama Leicester City sebelum berhijrah dua tahun lalu -- sehinggalah kecederaan itu.

Sebenarnya, Maguire telah bermain selama 9,615 minit dalam semua pertandingan sejak awal 2019-20. Sebelum kekalahan kepada Liverpool Khamis lalu, jumlah itu hampir 1.000 lebih banyak daripada pemain lain di lima liga teratas.

Kekalahan itu kepada The Reds datang hanya dua hari setelah tewas kepada Leicester, yang bermaksud United telah dikalahkan dalam kedua perlawanan tanpa kapten mereka dan Solskjaer segera menerima bahawa dia pasti tidak akan bermain lagi dalam aksi Liga Perdana musim ini.

Memandangkan United sudah dijamin akan berada di kedudukan empat teratas, tumpuan mereka sekarang adalah untuk menghadapi Villarreal di final Liga Europa pada 26 Mei, dengan Solskjaer berharap dapat menamatkan penantiannya untuk meraih kejuaraan bersama kelab.

Pengurus itu menawarkan perkembangan Maguire semalam, menegaskan United tidak akan mengambil kesempatan dengan kecergasan Maguire.

"Dia menampilkan peningkatan," kata Solskjaer kepada wartawan. "Ketika saya bercakap dengannya pagi ini dia cukup positif tetapi, secara semula jadi, sehari selepas ia berlaku, kami semua kecewa.

"Kami melihat sejak awal, atau kami memutuskan bahawa kami harus fokus, kami harus bersikap positif, dan berfikir bahawa anda akan berjaya sehingga anda harus mengatakan 'tidak'. Saya selalu optimis, jadi kami kembali positif."



"Tetapi secara sedar kami telah mengambil jalan untuk tidak mengujinya terlalu awal, terlalu cepat, kerana kami tidak ingin memburukkan lagi keadaannya. Dia ingin kembali beraksi, namun dia juga tidak mahu mengambil risiko.

"Mudah-mudahan kita dapat berita baik lebih awal, tetapi saya akan memberikan Harry selama yang diperlukan, kerana sudah tentu dia telah menunjukkan kepentingannya.

"Mudah-mudahan dia mempercepat pemulihan dan bersedia ke final, tetapi saya akan memberikannya ruang kepadannya, sehingga dia mengatakan 'ya' atau 'tidak'."