UEL: Hatrik Orsic pastikan Dinamo singkir Spurs

Muzaffar Musa
Mac 19, 2021 00:53 MYT
Tottenham disingkirkan daripada Liga Europa (UEL) selepas Mislav Orsic mencipta hatrik bagi memastikan kemenangan 3-0 Dinamo Zagreb awal pagi tadi, sekali gus memuncakkan terkanan buat Jose Mourinho.
Spurs membawa kelebihan agregat 2-0 menjelang pertemuan di Croatia itu hasil jaringan berganda Harry Kane minggu lalu tetapi mereka diaibkan ketika berdepan lawan itu, yang jurulatihnya, Zoran Mamic, megundurkan diri selepas dihukum penjara empat tahun dan lapan bulan kerana kesalahan rasuah.
Gol pertama Orsic tiba selepas sejam perlawanan menerusi ledakan gemilangnya dari luar kawasan penalti dan pemain kebangsaan Croatia itu membawa perlawanan ke masa tambahan selepas menghasilkan penyudah tenang pada minit ke-82.
Penyerang itu terus mempamerkan kecemerlangannya melalui satu jaringan solo menarik selepas minit ke-106 untuk memastikan Dinamo layak ke suku akhir untuk meninggalkan Mourinho dengan persoalan besar mengenai persembahan anak buahnya.

Our Europa League campaign comes to an end. ? #GNKD 3-0 #THFC ? pic.twitter.com/H4b3pUOWVF

— Tottenham Hotspur (@SpursOfficial) March 18, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Tottenham Hotspur #Dinamo Zagreb #Liga Europa #Mislav Orsic