Unai Emery meminta Arsenal kekal setia dalam 'perkahwinan terbaik' mereka dengan Mikel Arteta, meskipun dia bertujuan untuk merencana penyingkiran bekas kelabnya dalam saingan Liga Europa (UEL).

Emery memacu Villarreal ke separuh akhir UEL musim ini, bakal berdepan kelabnya yang memecatnya pada November 2019.

Pengendali kelahiran Sepanyol itu meninggalkan Stadium Emirates selepas 18 bulan, kelab itu menang 49 peratus daripada 51 perlawanan liga di bawah kendaliannya.

Dia membawa The Gunners ke final Liga Europa -- namun tewas 4-1 kepada Chelsea di Baku -- dan mengakui "sudut kecil hatinya" masih menjadi milik Arsenal, begitu juga pasukan lain yang pernah dilatihnya dalam kariernya.

"Ini adalah tahap tertutup dan saya hanya bersyukur telah bekerja di sana," kata Emery mengenai waktunya di Arsenal.

"Ini adalah satu lagi proses dalam karier saya dan saya menyimpan perkara baik yang telah membantu saya. Sekarang saya sangat gembira di Villarreal yang berusaha menyumbangkan pengetahuan saya, seperti yang saya lakukan ketika bersama Arsenal.

"Untuk semua pasukan yang pernah saya kunjungi, saya mempunyai sudut kecil di hati saya untuk mereka. Tetapi sekarang ia kuning dan 100 peratus untuk kelab ini."


Arteta dilantik sebagai pengganti Emery dan sementara mereka berjaya dengan baik di Eropah dalam kempen penuh pertamanya namun keputusan di peringkat domestik terus mengecewakan.

Arsenal hanya memenangi dua daripada lapan perlawanan sebelumnya dalam semua pertandingan menjelang perlawanan awal pagi esok di Estadio de la Ceramica dan menduduki tempat ke-10 Liga Perdana Inggeris (EPL), yang bermaksud dua perlawanan bertemu Villarreal sangat penting bagi harapan mereka untuk mendapatkan kembali tempat ke Liga Juara-Juara (UCL) musim depan.

Namun, Emery menjelaskan betapa pentingnya mempunyai cukup masa untuk mengembalikan nasib pasukan itu -- sesuatu yang dia tidak mampu dilakukan bersama Arsenal.

"Liga Perdana Inggeris sukar. Situasi Arsenal adalah wajar dan ada keadaan tertentu setelah Wenger bersara. Kami berjuang untuk UCL dan kami mara ke final Liga Europa," kata Emery kepada media.

"Arteta memerlukan masa, anda harus bersabar, percaya dan yakin bahawa kelab akan mendapat tempat yang biasa. Itu memerlukan masa, tetapi saya rasa mereka akan berjaya."

"Anda tidak boleh mengatakan lebih banyak daripada itu adalah sebuah kelab yang hebat, daripada segi sejarah dan masa kini. Arteta mempunyai perkahwinan yang sempurna dengan kelab itu sejak dia pemain tercinta di sana.

"Anda melihat sebuah pasukan dengan identiti yang jelas, dengan idea yang sangat 'Arsenal'. Ada pemain penting, ada yang mempunyai pengalaman hebat dan yang lain adalah pemain muda yang menunjukkan kualiti ketika diberi peluang.

"Kami berusaha untuk melihat bagaimana mengatasi mereka dengan rancangan yang berbeza untuk pertandingan."