UEFA hukum Fenerbahce angkara penyokong laung nama Putin

Shaiful Shamsudin
Ogos 5, 2022 19:00 MYT
Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) menghukum Fenerbahce dengan penutupan sebahagian daripada stadium selepas peminat melaungkan nama Presiden Russia, Vladimir Putin, ketika perlawanan kelayakan Liga Juara-Juara (UCL) menentang kelab Ukraine, Dynamo Kyiv.
Russia menceroboh Ukraine sejak Februari lalu dan peperangan telah menyebabkan beribu-ribu kematian sementara berjuta-juta kehilangan tempat tinggal.
Laungan itu bermula selepas Oleksandr Karavayev menjaringkan gol kemenangan buat pasukan Ukraine berkenaan dalam perlawanan kedua di Istanbul untuk menang dengan agregat 2-1, minggu lalu.

Dynamo minimally defeats Sturm in the first match ?#DynamoSturm (1:0) pic.twitter.com/Q4hmM8hYje

— FC Dynamo English (@dynamokyiven) August 3, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ia mendorong pengurus Dynamo, Mircea Lucescu, memboikot sidang akhbar selepas perlawanan hingga UEFA bertindak menghukum tingkah laku peminat Fenerbahce.
Kelab itu turut didenda €50,000 (RM226,720) selain penutupan sekurang-kurangnya 5,000 tempat duduk untuk kempen Eropah di tempat sendiri yang seterusnya yang berpunca daripada kesalahan yang ditakrifkan sebagai "melempar objek dan menghantar mesej provokatif yang bersifat menyinggung perasaan, iaitu nyanyian terlarang."
#UCL #UEFA #Fenerbahce