Presiden Persatuan Bola Sepak Eropah (UEFA), Aleksander Ceferin, menyambut dingin cadangan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) untuk mengadakan Piala Dunia lelaki dan wanita setiap dua tahun sekali yang turut menerima sokongan Arsene Wenger.

Bagaimanapun, pentadbir bola sepak Eropah itu menyuarakan kebimbangan serius terhadap konsep berkenaan itu dengan menghantar sepucuk surat kepada Pengarah Eksekutif Peminat Bolasepak Eropah, Ronan Evain, agar bersama-sama UEFA untuk menentang rancangan FIFA tersebut kerana ia boleh memberi kesan kepada kejohanan global sambil menyatakan kebimbangan mereka adalah memang bertepatan dan penting.

Piala Dunia lelaki berlangsung setiap empat tahun sejak edisi perdana pada 1930 selain tidak mengajurkan dua edisi, 1942 dan 1946, ekoran Perang Dunia Kedua.

Malah, Piala Dunia wanita juga menjadi acara kuadrenial sejak 1991, iaitu ketika kali pertama dipentaskan oleh FIFA.





Bekas pengurus Arsenal, Wenger, telah melancarkan kempen pembaharuan itu dalam peranannya sebagai ketua pembangunan bola sepak global FIFA.

Kongres FIFA pada Mei lalu sangat mendokong pelaksanaan kajian terhadap projek itu yang mula-mula diusulkan oleh Arab Saudi.

Namun, Ceferin dalam suratnya mengatakan: "UEFA dan persatuan kebangsaan mempunyai keraguan serius dan kebimbangan terhadap laporan rancangan FIFA."

"Antara contoh berasasnya dalam konteks ini, adalah mustahak untuk mendapatkan pandangan di seluruh dunia bola sepak mengenai impak penganjuran Piala Dunia FIFA dalam kalendar perlawanan antarabangsa selama dua tahun ini termasuk bola sepak wanita."

Kempen di benua itu pasti terjejas kerana bakal bertembung dengan Kejohanan Euro.