UECL: Zaniolo pastikan gelaran Eropah pertama buat Roma

Muzaffar Musa
Mei 26, 2022 01:01 MYT
AS ROMA 1 FEYENOORD 0
Nicolo Zaniolo membantu AS Roma memenangi gelaran utama buat kali pertama di benua Eropah selepas menewaskan Feyenoord 1-0 dalam final Liga Persidangan Europa (UECL) di Tirana awal pagi tadi.
Selepas tewas dalam final Piala Europa pada 1084 dan terlepas kejuaraan Piala UEFA tujuh tahun kemudian, pasukan Serie A itu akhirnya merealisasikan impian untuk menjulang trofi pertama selepas memenangi Coppa Italia pada 2008.
Zaniolo, yang terlepas keseluruhan musim 2020-21 gara-gara kecederaan lutut kali kedua dalam tempoh kurang setahun, meledakkan gol tunggal perlawanan pada minit ke-32 untuk Roma kekal di depan sepanjang perlawanan itu.
Feyenoord meningkatkan permainan mereka selepas waktu rehat dan dua kali jaringan mereka dinafikan oleh tiang gol tetapi Roma kendalian Jose Mourinho memperkemaskan aksi untuk mencipta kemenangan penting berkenaan.

22&327 - Nicolò Zaniolo (22 years, 327 days) is the youngest Italian player to score in a final of a major European competition since Alessandro Del Piero (22 years, 200 days) against Borussia Dortmund in Champions League in May 1997. Fearless.#RomaFeyenoord pic.twitter.com/3oHQ9WwfRB

— OptaPaolo ? (@OptaPaolo) May 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Sebagai rekod, kali terakhir Roma meraih kejayaan di peringkat Eropah adalah ketika memenangi Inter-Cities Fairs Cup musim 1960-61, di mana kejohanan itu bukan di bawah kelolaan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA).
Dengan kejayaan terbaru itu juga, Mourinho menjadi jurulatih pertama memenangi gelaran Eropah dengan empat kelab berbeza.
Pengendali berbangsa Portugis itu memenangi Piala UEFA dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) bersama Porto, satu gelaran UCL bersama Inter Milan sebelum memenangi Liga Europa (UEL) sewaktu di Manchester United.
#bola sepak #Feyenoord #AS Roma #Nicolo Zaniolo #Liga Persidangan Europa