Julio Cesar telah menyokong bekas pengurusnya, Jose Mourinho, untuk menjadi jurulatih pertama menjulang trofi Liga Conference Europa, menambah legasinya di pentas Eropah.

Mourinho mengetuai pasukan Roma yang berjaya bangkit dengan kemenangan 5-2 secara agregat Bodo/Glimt awal pagi tadi.

Cesar bermain di bawah kendalian Mourinho semasa di Inter, memenangi treble bersejarah pada musim 2009-10 yang terdiri daripada kejuaraan Serie A, Coppa Italia, dan Liga Juara-Juara.

Jurulatih kelahiran Portugal itu telah memenangi empat trofi Eropah sepanjang kariernya, dua Liga Juara-Juara (Porto 2003-04, Inter 2009-10) dan dua Piala UEFA/Liga Eropah (Porto 2002-03, Manchester United 2016-17).

Bercakap dengan Stats Perform ihsan Enterprise Rent-A-Car, Cesar memuji Mourinho dan keupayaannya menjulang trofi utama Eropah.

“Mourinho bagi saya pengurus yang istimewa,” katanya. "Saya berada di Inter ketika dia menyertai kami, dan kami menjalani detik-detik kegembiraan. Saya sangat menghargainya. Saya sentiasa menyokongnya.

"Saya rasa AS Roma melantik pengurus yang betul. Dia benar-benar bersemangat. Dia mempunyai keazaman. Dia sudah memenangi Liga Europa bersama Porto dan Manchester United. Dia tahu pertandingan ini dengan baik, dan Liga Juara-Juara. Dia tahu cara bermain di Eropah , dalam pertandingan sebegini. Dia sudah biasa menjulang trofi."

Bekas penjaga gol Brazil itu juga memuji Roma, mengakui bahawa dia ingin bermain untuk Giallorossi untuk merasai sokongan peminat mereka, yang dia bandingkan dengan salah satu bekas kelabnya, kelab Brazil Flamengo.

"AS Roma adalah pasukan untuk penyokong," katanya. "Sebagai bekas pemain, saya ingin bermain sekali sahaja untuk AS Roma, mendengar sorakan penyokong mereka. Mereka adalah penyokong yang serupa dengan Flamengo."