Raphael Varane memberikan tumpuan hanya kepada menamatkan musim dengan baik selepas khabar angin melibatkan pertahanan itu bakal menamatkan hubungan dengan Real Madrid.

Pertahanan tengah itu masih lagi memiliki kontrak di Real -- yang disertai sedekad lalu -- sehingga 2022, dan terdapat laporan di Sepanyol mencadangkan perbincangan untuk memperbaharuinya, namun masih samar jika dia mahu melanjutkan kontrak atau sebaliknya.

Chelsea antara kelab dikaitkan dengan perpindahan bagi Varane, yang membuat persiapan bertemu The Blues dalam separuh akhir Liga Juara-Juara (UCL).

Menjelang pertemuan di ibu kota Sepanyol, pemain antarabangsa Perancis itu menjelaskan bahawa spekulasi mengenai masa depannya tidak akan membayangi keutamaannya bagi Los Blancos, baik di tanahair atau di Eropah.

Juara LaLiga masih lagi dalam persaingan merebut takhta liga walaupun seri 0-0 di tempat sendiri dengan Real Betis Sabtu lalu.

"Masa depan saya jelas: tumpuan saya adalah pada akhir musim," kata Varane kepada media pada hari Isnin.

"Kami berada di saat yang sangat sengit dan kami harus fokus pada perlawanan akan datang.

"Adalah normal bahawa fokusnya adalah pada akhir musim. Mesej kepada peminat adalah bahawa saya 100 peratus komited untuk pasukan.

"Kami mempunyai beberapa cabaran yang sangat mendorong kami. Saya fokus untuk memberikan yang terbaik di lapangan."