UCL: Conte tidak minat jawab soalan tentang keinginan Inter selepas tersingkir

Muzaffar Musa
Disember 10, 2020 05:50 MYT
Antonio Conte membalas kritikan terhadap pasukannya, Inter Milan, dengan berkata kesilapan daripada pegawai perlawanan turut menjadi penyumbang mereka tersingkir daripada Liga Juara-Juara Eropah (UCL) selepas diikat tanpa jaringan dengan Shakhtar Donetsk awal pagi tadi.
Skuad Nerazzurri itu tersingkir daripada saingan Eropah gara-gara kepurtusan seri di San Siro berkenaan, sekali gus membenarkan Real Madrid dan Borussia Monchengladbach melangkah ke pusingan 16 -- skuad Zinedine Zidane itu menang 2-0 dalam satu lagi perlawanan untuk menjuarai Kumpulan B.
Percubaan Lautaro Martinez terkena palang pada awal permainan dan terlepas beberapa peluang terhidang manakala tandukan tajam Alexis Sanchez pada lewat permainan terkena Romelu Lukaku.
Keputusan itu menyaksikan Inter terperosok ke kedudukan tercorot Kumpulan B dan Shakhtar pula akan mengisi slot ke Liga Europa.
Ia merupakan kali pertama pasukan Serie A itu menamatkan peringkat kumpulan di tangga tercorot tetapi Conte tidak berminat untuk menjawab persoalan mengenai keinginan pasukannya.
Dia berkata kepada Sky Sport Italia: "Itu adalah pandangan anda dan saya menghormatinya tetapi saya tidak bersetuju.
"Saya fikir pasukan ini telah memberikan segala-galanya yang mereka ada, amat sukar dipercayai kami gagal menjaringkan gol dalam 180 minit (ke atas Shakhtar).
"Pemain telah memberikan segala-galanya. Kami tidak dapat memberikan penilaian ketika ini, Kekecewaannya amat besar. Saya tidak rasa ia seperti kekurangan motivasi. Ia kekurangan gol dan jika anda tidak jaringkan gol, anda tidak akan menang.
"Kami tidak bernasib baik dengan pengadil dan VAR (video bantuan pengadil) dalam UCL. Pergi dan lihatlah situasi yang berlaku kepada kami. Kami sepatutnya boleh layak," katanya.

? How Group B finished... ? Who impressed most in this section?#UCL

— UEFA Champions League (@ChampionsLeague) December 9, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#Antonio Conte #Liga Juara-Juara Eropah #Inter Milan