Dengan kelebihan tipis 1-0 yang dibawa daripada perlawanan pertama, Benzema mengurangkan tekanan buat Madrid apabila membuka jaringan dalam babak pertama susulan kesilapan penjaga gol Atalanta, Marco Sportiello, pada minit ke-34.
Madrid diberikan sepakan penalti selepas waktu rehat susulan Vinicius Junior dijatuhkan Rafael Toloi dan Ramos tidak berdepan masalah untuk menyudahkan peluang itu.
Atalanta merapatkan jurang daripada sepakan percuma Luis Muriel pada minit ke-83 tetapi seminit berselang, Asensio memastikan tiada sebarang drama dalam pertemuan itu dengan menjaringkan gol ketiga Madrid daripada serangan balas pantas.
4 - Since his first season in 2018/19, Vinícius Júnior ?? has won four penaltis in all competitions, more than any other Real Madrid player since then. Unstoppable. pic.twitter.com/Kl1jrGSivv
— OptaJose (@OptaJose) March 16, 2021