Pemerhati sukan tempatan, Haresh Deol, tidak melihat penukaran jurulatih skuad B23 negara, Brad Maloney, bakal memberikan impak positif terutamanya dalam tempoh singkat.

Haresh sebaliknya berpendapat, pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) sepatutnya bertanggungjawab di atas prestasi semasa skuad muda negara dalam dua temasya utama iaitu di Sukan SEA serta kempen Piala Asia 2022.

"Setiap kali pasukan kebangsaan gagal, jurulatih yang perlu bertanggungjawab. Kenapa ia tidak dipersalahkan ditujukan kepada pegawai sertai pemimpin badan induk bola sepak negara?," katanya menerusi Astro Arena.

"Walaupun Maloney meninggalkan pasukan, adakah ia akan menjanjikan sesuatu yang baru kerana barisan pemain yang terbaik bagi menghadapi dua kejohanan utama. Jika ini barisan yang terbaik yang kelihatan gagal, sebenarnya secara rumusan perancangan yang telah ditetapkan boleh dianggap sebagai satu kegagalan."