Edinson Cavani tampak bakal kekal di Paris Saint-Germain (PSG) selepas Thomas Tuchel berpendapat perpindahan keluar bulan ini akan memberikan masalah tatkala Leonardo membuat keputusan untuk mengekalkan penyerang Uruguay itu.

Cavani, 32, kini memasuki tempoh enam bulan terakhir bersama PSG dan dikaitkan dengan jalan keluar selepas gagal memikat perhatian tetapi kini segalanya berubah.

Pengarah sukan, Leonardo, dikatakan telah memberitahu Cavani bahawa dia tidak boleh meninggalkan kelab dalam bulan ini walaupun kehadiran Mauro Icardi menyebabkan bekas penyerang Napoli itu hanya empat kali dalam kesebelasan utama saingan Ligue 1 musim ini.

Cavani dilaporkan menjadi sasaran Manchester United dan Arsenal, namun dia kini tampak akan mengharungi tempoh terakhir kontraknya di Paris.

Ditanya sama ada dia bersetuju dengan keputusan Leonardo, Tuchel berkata: "Kami perlu buat keputusan sukar dan turut berkongsi pendapat.

"Kami tidak mahu perubahan ketika bulan ini. Ia bukan monopoli tetapi melibatkan bilik persalinan, semua bersatu dan mewujudkan semangat.

"Setiap pemain yang masuk dan keluar akan mewujudkan kebimbangan. Jika tidak perlu perubahan, tidak mengapa. Saya gembira dengan kelompok pemain ketika ini."

PSG tampak tidak terkesan dengan kekurangan waktu beraksi yang dilalui Cavani tatkala Icardi, Kylian Mbappe dan Neymar telah meledakkan 28 gol antara mereka dalam saingan Ligue 1.

Namun, Tuchel tidak menolak penyerang berpengalaman itu akan cuba untuk merebut semula tempatnya.

"Ia bergantung kepada kualiti pemain lain dan dirinya sendiri," tambah Tuchel.

"Ia satu persaingan sihat di barisan depan.

"Mbappe dan Icardi bergandingan baik. Cavani berjuang untuk mendapatkan tempat. Itu yang kami mahu.

"Dia boleh lakukannya. Dia seorang pemain hebat. Tidak boleh dilupakan sumbangannya tetapi terdapat persaingan yang bagus. Kesemua mereka boleh beraksi tetapi saya tidak boleh janjikan apa-apa."


Editor: Nafis Abdullah