Tuchel tidak bimbang dengan motivasi pemain PSG

Ammar Hakim
November 6, 2020 22:52 MYT
Thomas Tuchel tidak berasa bimbang dan masih lagi mendapatkan sokongan daripada pemain-pemain Paris Saint-Germain (PSG).
Pengendali kelahiran Jerman itu berdepan lebih banyak soalan mengenai masa depannya selepas tewas 2-1 kepada RB Leipzig, di mana menyaksikan PSG di tangga ketiga Kumpulan H Liga Juara-Juara (UCL) selepas tiga perlawanan.
Tuchel membantu gergasi Perancis itu menjuarai treble domestik musim lalu dan mara ke final UCL, di mana mereka tewas 1-0 kepada Bayern Munich.
Tetapi kekalahan kepada Leipzig dan Manchester United, ditambah dengan taktikal yang digunakan, menyaksikan PSG kini terarah untuk mendapatkan ketua jurulatih yang baru.
Menjelang aksi Ligue 1 esok bertemu Rennes, Tuchel menolak perbincangan mengenai kedudukannya di Parc des Princes ketika ini diancam.
Ditanya adakah pemainnya masih bermotivasi, kata Tuchel, "Ya, saya tidak meraguinya. Kami telah memberikan segalanya dan bermain dengan tenaga yang baik. Adalah perlu untuk meneruskan latihan dengan senyuman.
"Sudah tentu kami kecewa apabila kalah dalam perlawanan -- kita tidak mahu membiasakan diri dengan perasaan itu. Ketika ini, kami mengetahui berkemungkinan untuk memenangi perlawanan itu.

? Ángel Di María: "Let's focus on ourselves to prepare for those 3 crucial games"#RBLPSG pic.twitter.com/CeYL62xxl3

— Paris Saint-Germain (@PSG_English) November 5, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Suasana mengecewakan tetapi tenang. Kami mempunyai peluang besar esok untuk memperluaskan jurang di puncak Ligue 1."
Kedudukan Tuchel telah dipersoal berkali-kali selama dua tahun setengah bersama kelab itu.
Salah satu kesempatan itu adalah kekalahan kepada lawan hujung minggu ini, Rennes pada aksi final Coupe de France 2019.
Tetapi Tuchel telah meletakkan perspektif pasukannya baru-baru ini, dengan juara bertahan itu memenangi tujuh perlawanan liga dan tidak dibolosi dalam enam perlawanan.
"Soalan-soalan mengenai masa depan saya diajukan setelah pelbagai cara, selepas perlawanan suku akhir UCL musim lalu dengan Atalanta ... ia sentiasa sama," katanya.
"Adakah masa yang lebih sukar bagi saya sekarang? Saya tidak tahu. Tetapi ada yang mahu mengetepikan saya setelah tewas kepada Manchester United. Itu mungkin saat yang paling sukar bagi saya.
"Kami mendahului saingan Ligue 1.
"Namun kami tewas kepada Leipzig, namun tewas dalam perlawanan UCL bukan situasi yang paling buruk di dunia."