Tomas Tuchel mengisytiharkan bahawa dirinya cukup gembira dengan persembahan Chelsea ketika terikat 1-1 dengan Manchester United dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) awal pagi tadi dan berjanji akan "merebut kembali" dua mata yang dicicirkan dalam perlawanan itu.

Pendahulu liga itu kini hanya berkelebihan satu mata di belakang Manchester City selepas keputusan terbaru berkenaan.

Jadon Sancho menghukum kesilapan Jorginho untuk menjaringkan gol EPL pertamanya sebelum pemain tengah Chelsea itu menebus kesilapannya dengan menyempurnakan sepakan penalti untuk menyamakan kedudukan.

Ia merupakan kali kedua berturut-turut Chelsea gagal meraih mata penuh di laman sendiri selepas turut terikat 1-1 dengan Burnley dalam perlawanan sebelumnya.

Apa yang mengecewakan Tuchel adalah mereka terikat dengan cara yang sama seperti dalam perlawanan menentang Burnley sebelum ini, di mana mereka menguasai hampir keseluruhan permainan dan menghasilkan 49 percubaan dan melakukan 100 sentuhan dalam kawasan penalti lawan.

"Kami tidak boleh terkejut, perkara seperti ini boleh berlaku," kata pengurus Chelsea itu kepada Sky Sports.

"Ia kini sedah berlaku dua kali, di mana kami mempamerkan aksi yang baik ketika menentang Burnley dan Man United dan berasa kecewa kerana kami sudah melakukan lebih daripada mencukupi dan mendorong standard kami untuk memenangi perlawanan seperti ini.


"Sepanjang musim, anda akan kehilangan mata dan anda akan menggalinya semula dan akan akan mencuba untuk mencurinya kembali jika ada sesiapa yang mencuri mata anda. Itulah yang akan kami lakukan.

"Kami tidak mengira matanya, sama ada apabila anda berkelebihan empat mata atau kekurangan satu mata atau apa-apa sahaja.

"Kami masih di pertengahan perlumbaan dan ini kedudukan yang kami mahukan. Daripada itu, kami akan meneruskannya," katanya.