Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel, mengatakan bahawa dia mahu melihat Ruben Loftus-Cheek berusaha 150 peratus dengan masa depan pemain tengah itu di Stamford Bridge masih belum ditentukan.

Loftus-Cheek telah dikaitkan dengan perpindahan meninggalkan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) itu, dengan Lazio dilaporkan antara yang berminat mendapatkan khidmatnya.

Pemain kebangsaan England, yang bersama Chelsea sejak berusia lapan tahun, menikmati musim lalu sebagai pemain pinjaman di Fulham, melakukan 32 penampilan dalam semua pertandingan.

Selepas menggantikan Frank Lampard Januari lalu, pra-musim kali ini memberikan peluang buat Tuchel berkerja bersama pemain berusia 25 tahun itu, yang turun beraksi dalam perlawanan persahabatan bertemu Bournemouth dan Arsenal.

Berpuas hati dengan persembahan Loftus-Cheek, pengendali kelahiran Jerman itu berharap pemain tersebut akan berusaha sehabis mungkin dalam mendapatkan tempat dalam skuad utama Chelsea.

"Masih terlalu awal untuk menilai Ruben," kata Tuchel.

"Dia mempunyai segalanya di tangannya dan dia harus menentukan masa depannya sendiri seperti setiap pemain.

"Dia harus terus berusaha 150 peratus kerana 100 peratus tidak mencukupi."


Juara Eropah, Chelsea bertemu Tottenham dalam aksi terakhir pra-musim Rabu ini, sebelum turun bertemu pemenang Liga Europa dalam Piala Super pada minggu berikutnya.

Kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) mereka akan bertemu di laman sendiri bertemu Crystal Palace pada 14 Ogos.